salam semua...kabare??? kaifa haluka??? hw r u??? ni hao ma?? kese he tum??? huhuhu...
harap semua sahabat2 sihat berada dalam rahmat Allah...
lame sangat xmenyinggah di sini... atas sebab yang tertentu... kita kene lebih utamakan apa yang utama...
pada hari ini..baru diberi peluang masa untuk menghadap blog... terlalu kaku rase nak mula...
apa pun... pada esok hari..adalah hari baru utk saya serta sahabat2 seperjuangan saya...hari melangkah kesekolah untukan latihan mengajar yang pertama... Rancangan Orentasi Sekolah (ROS).. 
berdebar rasenye untuk melangkah ke sana membawa title sebagai guru... rasenye baru lagi saya belaja...tidak cukup bersedia lagi utk ke sana mendidik anak2...tapi apa daya... masa tetap berlalu...
ROS umpama satu titik mula untuk mengenal sekolah..dan sejauh mana pemahaman diri kita terhadap sekolah... mungkin org len tidak merasa ape2...tapi ...tugas dan tanggungjawab pendidik amat berat..mendidik orang untuk menjadi org... mendidik manusia untuk menjadi manusia..mendidik insan menjadi insan...
menjadi satu kebanggaan apabila seorang murid mengingat gurunya...ingat jasanya... pendidik bukan sahaja mengajar..bahkan sebagai petunjuk..penasihat..dan contoh buat pelajar..agar mereka menjadi insan yang berguna...yang cantik umpama bunga ROSE..
bunga rose yang cantik dipandang..yang harum di bau...tapi pandai berhati2 apabila musuh mendatangi mempertahankan diri menggunakan duri...
wahai bakal anak2 muridku... Allah sahaja yang tahu...murninya sekeping hatimu...
maka..hiasilah dirimu...sebaik peribadi rasulullah...dan sahabat2 baginda... berilah peluang kepadaku...untuk menegenali dirimu...
semoga peluang yang diberi ini...membawa rahmat buat semua...
semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua...
Saturday, June 19, 2010
ROS VS ROSE
Posted by tinta nisa at 7:51 PM 0 comments
Wednesday, March 31, 2010
coretan hawa untuk adam

Coretan Hawa Untuk Adam
Didoakan semoga kalian beroleh rahmat selamat dibawah payung rahmat Allah S.W.T.
Adam, maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesunguhnya aku adalah Hawa, temanmu yg kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tak hairanlah jika perjalanan hidup ku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
sentiasa inginkan bimbingan darimu
Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana 'aku buruan syaitan'.
Adam, Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada kaummu di akhir zaman. Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau
bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah zaman cucu-cicitnya. Pun begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri
lebih dari satu tapi tidak lebih satu waktu.
Adam, bukan kerana isterimu yang membimbang aku, tidak kerana sedikitnya yang merungsingkan aku. Tapi aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahlakumu. Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara.
Adam, aku tahu bahawa kau mengetahui dalam Al-quran menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita".
"kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita"
Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau bertanggungjawab untuk menjaga aku. Mengawasi dan menjaga aku agar sentiasa dalam redha Allah S.W.T. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini. Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah menghendakki aku tinggal tetap di rumah. Jalan-jalan dan pasar-pasar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tapi, realiti dan hakikatnya kini, Hawa telah buat lebih dari patut.
Adam, mengapa kau biarkan aku begini ? Aku jadi ibu, aku jadi guru "itu sudah tentu". Katamu aku ibu dan guru kepada anak-anakmu tapi sekarang di waktu yang sama aku
ke medan menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata padahal kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara yang menganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kain ku tinggi menyinsing peha
mengamankan negara. Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?
Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?
Adam, marahkah kau jika ku katakan, "jika hawa yg terpesong maka adam yang yang patut tanggung"? Sebab apa adam ? Ramai orang berkata anak jahat mak bapak tak pandai didik. Jika murid bodoh guru tak pandai ajar. Adam kau selalu berkata, "hawa memang degil tak mahu dengar kata tak mudah makan nasihat, kepala batu".
Pada hemat ku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu. apakah didikan mu kepada ku sama seperti didikan Nabi S.A.W. terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak Adam boleh djadikan contoh buat kaum Hawa?
Adam, kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai kaum Adam kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sepuluh nafsumu satu. Aku akalku satu , nafsuku beribu!!! Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan kuncu-kuncunya. Aku kini hampir tenggelam.
Adam….tolonglah….!!
Adam….tolonglah….!! Pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu
Adam, aku suka kalau kau mengimami sembahyang ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajjud bersamamu. Kau kenalkan aku masjid-masjid dan majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran, imamku. kau ajaklah aku untuk baca Yassin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Tunjukkanlah aku perkara sebenar yang patut aku buat.
Akhirnya, ajarkan aku menjadi isterimu yang solehah. Didikkanlah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku adam agar aku tidak beku, bantulah aku agar fikiranku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa sanggup menganggungnya (nauzubillahiminzalik).
Posted by tinta nisa at 12:08 AM 0 comments
Wednesday, March 24, 2010
kenangan di Mada..

gambar terbaru kami..
maahad darul anuar...nama sekolah nisa..nisa belajar kat sane 7thun..di negeri yang xde sedara mara..yang jauh dari keluarga..alhamdulillah ade abg2 yang menjaga..bersekolah di situ juga...
mada bukan sekolah kerajaan penuh..bukan sekolah elit..tapi sekolah separuh bantuan..tapi di situ megajar satu erti kehidupan..mengajar nisa supaya terus berdikari dan terus berdiri di kaki sendiri..
pelajar mada memang berbeza dengan sekolah2 yang lain..mada..pelajarnya terdiri 70 peratus pelajar luar dr negeri kelantan..dan hanya 30 peratus pelajar negeri tersebut..bukan tu saje..mada ade pelajar kemboja..pelajar mali, thaiiland, pelajar indonesia, pelajar brunai..
pelik kan..sekolah yang kecil..sekolah separuh bantuan..tetapi terkenal..
mungkin di gelar seolah tok guru..menjadikan sekolah tu terkenal..
beza ..sungguh beza..guru2 disana seperti kawan..seperti sahabat..mmg pengganti ibu bapa kepada kami..dan ketegasan merekalah yang mendidikn nisa sehingga nisa jadi seperti sekarang..
dari peralihan bertukar ke ting 1..seterusnya...dan terus membesar di tanah mada..
banyak yang berlaku..susah senang..suka duka..pahit manis..semuanya ada..tapi kini semua hanya tggal kenangan..andai diingat semula..pasti tersenyum keseorangan..
kini..darul anuar tiada lagi..bukan xde..tapak masih megah ..masih lagi kukuh bagunannye..tapi nama dah ditukar..sekolah dah diswastakan..sekolah yang tampoak kecil dulu seakan2 menjadi besar..sebab sekoalh tu makin sunyi..
sekolah yang didik erti usaha..sekolah yang membina jati diri dan rohani..kini makin sunyi....
hari ni..bagaikan berputar ke masa lalu..rindu..rindu sgt2..
cmn kehidupan kwn2..khidupan ust ustzah..kehidupan pok mat..semua menggamit..
ya allah..lindungilah kami ya allah..lindungi kami dr kesesatan yang nyata..agar kami sentiasa di beri petunjuk..aminn
Posted by tinta nisa at 9:30 PM 5 comments
Thursday, March 11, 2010
apakah sumbangan kita terhadap ibu bapa...
Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati.Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Quran dan Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa. Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita. Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada pada kita. Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya. Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula. Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka." Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya. Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw: "Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya." "Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga."
Posted by tinta nisa at 10:37 PM 0 comments
Tuesday, February 9, 2010
perbezaan web 2.0 dan web 1.0
PERBEZAAN WEB 2.0 BERBANDING WEB 1.0
Web1.0 adalah mengenai diri kita sendiri, manakala web2.0 adalah mengenai perhubungan atau interaksi antara diri kita sendiri dan orang lain.
Dalam web 1.0, pengunjung hanya boleh membaca artikel pada website, tetapi dalam web 2.0, pengunjung boleh menjadi subscriber dan contributor, termasuk photo-sharing seperti Flickr, YouTube dan sebagainya.
Melihat kepada ‘User-friendly interface’, web 1.0 selalunya tidak berapa user-friendly, berbanding dengan web 2.0 sites yang memudahkan sesiapa sahaja yang menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Contohnya, pembina site Friendster dilihat begitu mudah sahaja membinanya.
qmt323e.wikispaces.com/file/view/ulasan+web+2.0.doc
Posted by tinta nisa at 8:01 AM 0 comments
kelemahan web 2.0
Kelemahan web 2.0
Namun, jika dilihat dari aspek rekabentuk antaramuka Friendster itu sendiri, ia juga mempunyai beberapa keburukan seperti proses untuk memuat naik gambar adalah sangat lambat dan hanya boleh memasukkan gambar yang bersaiz kurang daripada 2Mb . Ini akan menyebabkan masa pengguna terbuang sekiranya mereka ingin memuat naik sesuatu gambar. Mereka perlu mengubah saiz gambar tersebut sebelum proses memuat naik gambar dilakukan. Selain itu, sebarang penyebaran video yang tidak bermoral juga boleh berlaku dengan mudah. Malah, penyebaran video itu juga turut menggunakan nama atau identiti salah seorang daripada rakan pengguna. Hal ini akan menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap individu tersebut. Jika dilihat daripada menu mesej yang disediakan, kadang-kadang pengguna menerima mesej yang sama ekoran daripada mesej yang telah di’forward’ tidak dapat ditapis dan disekat.
Namun demikian, jika dilihat dari aspek kepenggunaan pula, terdapat beberapa keburukan akibat daripada menggunakan laman web komuniti ini. Di antaranya ialah berlaku penyamaran oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Hal ini akan menyebabkan beberapa gejala seperti culik, rogol, peras ugut dan sebagainya. Selain itu, ia juga akan menyebabkan ketagihan menggunakan internet yang melampau. Akibat daripada itu, mereka lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak menghiraukan dunia luar, tiada keyakinan diri dan berpotensi menjadi seorang yang pasif. Ini akan menyebabkan mereka diibaratkan seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, mereka juga kurang bergaul dan bersosial dengan rakan yang dekat ekoran hanya memberi tumpuan kepada rakan dalam ruang maya sahaja. hal ini sedikit sebanyak akan cenderung ke arah keretakan dan kerenggangan hubungan persahabatan yang dijalinkan secara realiti. Di samping itu,
Secara keseluruhannya, web 2.0 ini bukan sahaja mempunyai kebaikan malah turut juga mempunyai kekurangan. Oleh hal yang demikian, pengguna harus mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada ketika menjalinkan persahabatan melalui ruang maya seperti Friendster ini. Mereka tidak harus cepat percaya dengan penyamaran dan penipuan yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. Selain itu, masa penggunaan ruang maya ini juga harus dihadkan supaya sindrom ketagihan internet dapat diatasi.
Posted by tinta nisa at 8:01 AM 0 comments
ciri-ciri dan kelebihan serta sembangan web 2.0
Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi.
Secara amnya, web 2.0 mengandungi beberapa aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri tertentu serta dapat dijalankan secara terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang (install) sebarang perisian. Antaranya ialah Podcast, Blog, Wiki serta rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan sebagainya. Misalnya Friendster, ia merupakan suatu komuniti maya yang membolehkan pengguna mencari rakan baru, berkomunikasi dengan rakan sedia ada, berkongsi sebarang maklumat, menganjurkan aktiviti dan berhubung semula dengan rakan lama. Laman komuniti yang beribu pejabat di Mountain View, California ini bukan sahaja mempunyai 4.2 juta pengguna berdaftar di Malaysia malah pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Time Magazine's 50 Coolest Websites 2004 dan Coolest Inventions 2003.
Dahulunya, Friendster merupakan sebuah laman web yang kecil. Tetapi kini ia telah bertukar menjadi sebuah laman web yang amat digemari oleh sesiapa sahaja khasnya golongan muda. Mungkin di Amerika atau negara-negara barat yang lain kurang menggunakan Friendster sebagai laman komuniti mereka, tetapi di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain Friendster mendapat lebih perhatian. Hal ini adalah kerana satu kajian mendapati bahawa 29% daripada populasi pengguna internet di Malaysia memiliki Friendster. Selain itu, menurut Pengarah Perhubungan Awam dan Pemasaran Friendster, Jeff Roberto, pengguna Malaysia merupakan pengguna Friendster paling aktif di dunia. Kebanyakan pengguna Malaysia menghabiskan masa 245 minit setiap bulan untuk melayari laman komuniti ini.
Umumnya, selain dapat menjalinkan hubungan persahabatan, pengguna juga boleh mengubahsuai antaramuka laman mengikut idea dan kreativiti mereka sendiri. Di antaranya mereka boleh mengubahsuai latar belakang, memasukkan elemen-elemen seperti audio, video, grafik, animasi dan teks. Mereka boleh memilih sama ada ingin memasukkan latarf belakang daripada ’template’ yang telah disediakan atau ingin memasukkannya melalui kod-kod yang disediakan dalam laman-laman web tertentu. Selain itu, pengguna juga akan diberi peringatan mengenai hari lahir sahabat mereka. Peringatan tersebut dihantar melalui emel. Hal ini membolehkan seseorang itu menjadi seorang rakan yang disenangi ramai. Setelah diingatkan, mereka boleh menghantar komen atau sebarang grafik kepada rakan yang menyambut ulang tahun itu dengan menghantar satu mesej yang menarik yang boleh didapati di mana-mana laman web yang berkaitan. Bagi menambahkan lagi laman mereka, pengguna boleh menambah elemen audio yang akan dimainkan secara automatik.
Namun, jika dilihat dari aspek rekabentuk antaramuka Friendster itu sendiri, ia juga mempunyai beberapa keburukan seperti proses untuk memuat naik gambar adalah sangat lambat dan hanya boleh memasukkan gambar yang bersaiz kurang daripada 2Mb . Ini akan menyebabkan masa pengguna terbuang sekiranya mereka ingin memuat naik sesuatu gambar. Mereka perlu mengubah saiz gambar tersebut sebelum proses memuat naik gambar dilakukan. Selain itu, sebarang penyebaran video yang tidak bermoral juga boleh berlaku dengan mudah. Malah, penyebaran video itu juga turut menggunakan nama atau identiti salah seorang daripada rakan pengguna. Hal ini akan menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap individu tersebut. Jika dilihat daripada menu mesej yang disediakan, kadang-kadang pengguna menerima mesej yang sama ekoran daripada mesej yang telah di’forward’ tidak dapat ditapis dan disekat.
Posted by tinta nisa at 8:00 AM 0 comments
