CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 31, 2010

coretan hawa untuk adam



Coretan Hawa Untuk Adam

Didoakan semoga kalian beroleh rahmat selamat dibawah payung rahmat Allah S.W.T.
Adam, maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesunguhnya aku adalah Hawa, temanmu yg kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tak hairanlah jika perjalanan hidup ku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
sentiasa inginkan bimbingan darimu
Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana 'aku buruan syaitan'.
Adam, Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada kaummu di akhir zaman. Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau
bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah zaman cucu-cicitnya. Pun begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri
lebih dari satu tapi tidak lebih satu waktu.
Adam, bukan kerana isterimu yang membimbang aku, tidak kerana sedikitnya yang merungsingkan aku. Tapi aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahlakumu. Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara.
Adam, aku tahu bahawa kau mengetahui dalam Al-quran menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita".
"kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita"
Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau bertanggungjawab untuk menjaga aku. Mengawasi dan menjaga aku agar sentiasa dalam redha Allah S.W.T. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini. Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah menghendakki aku tinggal tetap di rumah. Jalan-jalan dan pasar-pasar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tapi, realiti dan hakikatnya kini, Hawa telah buat lebih dari patut.
Adam, mengapa kau biarkan aku begini ? Aku jadi ibu, aku jadi guru "itu sudah tentu". Katamu aku ibu dan guru kepada anak-anakmu tapi sekarang di waktu yang sama aku
ke medan menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata padahal kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara yang menganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kain ku tinggi menyinsing peha
mengamankan negara. Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?

Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?

Adam, marahkah kau jika ku katakan, "jika hawa yg terpesong maka adam yang yang patut tanggung"? Sebab apa adam ? Ramai orang berkata anak jahat mak bapak tak pandai didik. Jika murid bodoh guru tak pandai ajar. Adam kau selalu berkata, "hawa memang degil tak mahu dengar kata tak mudah makan nasihat, kepala batu".
Pada hemat ku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu. apakah didikan mu kepada ku sama seperti didikan Nabi S.A.W. terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak Adam boleh djadikan contoh buat kaum Hawa?
Adam, kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai kaum Adam kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sepuluh nafsumu satu. Aku akalku satu , nafsuku beribu!!! Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan kuncu-kuncunya. Aku kini hampir tenggelam.
Adam….tolonglah….!!
Adam….tolonglah….!! Pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu

Adam, aku suka kalau kau mengimami sembahyang ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajjud bersamamu. Kau kenalkan aku masjid-masjid dan majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran, imamku. kau ajaklah aku untuk baca Yassin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Tunjukkanlah aku perkara sebenar yang patut aku buat.
Akhirnya, ajarkan aku menjadi isterimu yang solehah. Didikkanlah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku adam agar aku tidak beku, bantulah aku agar fikiranku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa sanggup menganggungnya (nauzubillahiminzalik).

Wednesday, March 24, 2010

kenangan di Mada..


gambar terbaru kami..

maahad darul anuar...nama sekolah nisa..nisa belajar kat sane 7thun..di negeri yang xde sedara mara..yang jauh dari keluarga..alhamdulillah ade abg2 yang menjaga..bersekolah di situ juga...

mada bukan sekolah kerajaan penuh..bukan sekolah elit..tapi sekolah separuh bantuan..tapi di situ megajar satu erti kehidupan..mengajar nisa supaya terus berdikari dan terus berdiri di kaki sendiri..

pelajar mada memang berbeza dengan sekolah2 yang lain..mada..pelajarnya terdiri 70 peratus pelajar luar dr negeri kelantan..dan hanya 30 peratus pelajar negeri tersebut..bukan tu saje..mada ade pelajar kemboja..pelajar mali, thaiiland, pelajar indonesia, pelajar brunai..

pelik kan..sekolah yang kecil..sekolah separuh bantuan..tetapi terkenal..
mungkin di gelar seolah tok guru..menjadikan sekolah tu terkenal..

beza ..sungguh beza..guru2 disana seperti kawan..seperti sahabat..mmg pengganti ibu bapa kepada kami..dan ketegasan merekalah yang mendidikn nisa sehingga nisa jadi seperti sekarang..

dari peralihan bertukar ke ting 1..seterusnya...dan terus membesar di tanah mada..
banyak yang berlaku..susah senang..suka duka..pahit manis..semuanya ada..tapi kini semua hanya tggal kenangan..andai diingat semula..pasti tersenyum keseorangan..

kini..darul anuar tiada lagi..bukan xde..tapak masih megah ..masih lagi kukuh bagunannye..tapi nama dah ditukar..sekolah dah diswastakan..sekolah yang tampoak kecil dulu seakan2 menjadi besar..sebab sekoalh tu makin sunyi..

sekolah yang didik erti usaha..sekolah yang membina jati diri dan rohani..kini makin sunyi....

hari ni..bagaikan berputar ke masa lalu..rindu..rindu sgt2..
cmn kehidupan kwn2..khidupan ust ustzah..kehidupan pok mat..semua menggamit..

ya allah..lindungilah kami ya allah..lindungi kami dr kesesatan yang nyata..agar kami sentiasa di beri petunjuk..aminn

Thursday, March 11, 2010

apakah sumbangan kita terhadap ibu bapa...

Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati.Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Quran dan Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa. Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita. Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada pada kita. Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya. Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula. Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka." Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya. Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw: "Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya." "Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga."