CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 31, 2010

coretan hawa untuk adam



Coretan Hawa Untuk Adam

Didoakan semoga kalian beroleh rahmat selamat dibawah payung rahmat Allah S.W.T.
Adam, maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesunguhnya aku adalah Hawa, temanmu yg kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tak hairanlah jika perjalanan hidup ku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
sentiasa inginkan bimbingan darimu
Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana 'aku buruan syaitan'.
Adam, Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada kaummu di akhir zaman. Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau
bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah zaman cucu-cicitnya. Pun begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri
lebih dari satu tapi tidak lebih satu waktu.
Adam, bukan kerana isterimu yang membimbang aku, tidak kerana sedikitnya yang merungsingkan aku. Tapi aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahlakumu. Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara.
Adam, aku tahu bahawa kau mengetahui dalam Al-quran menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita".
"kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita"
Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau bertanggungjawab untuk menjaga aku. Mengawasi dan menjaga aku agar sentiasa dalam redha Allah S.W.T. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini. Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah menghendakki aku tinggal tetap di rumah. Jalan-jalan dan pasar-pasar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tapi, realiti dan hakikatnya kini, Hawa telah buat lebih dari patut.
Adam, mengapa kau biarkan aku begini ? Aku jadi ibu, aku jadi guru "itu sudah tentu". Katamu aku ibu dan guru kepada anak-anakmu tapi sekarang di waktu yang sama aku
ke medan menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata padahal kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara yang menganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kain ku tinggi menyinsing peha
mengamankan negara. Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?

Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?

Adam, marahkah kau jika ku katakan, "jika hawa yg terpesong maka adam yang yang patut tanggung"? Sebab apa adam ? Ramai orang berkata anak jahat mak bapak tak pandai didik. Jika murid bodoh guru tak pandai ajar. Adam kau selalu berkata, "hawa memang degil tak mahu dengar kata tak mudah makan nasihat, kepala batu".
Pada hemat ku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu. apakah didikan mu kepada ku sama seperti didikan Nabi S.A.W. terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak Adam boleh djadikan contoh buat kaum Hawa?
Adam, kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai kaum Adam kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sepuluh nafsumu satu. Aku akalku satu , nafsuku beribu!!! Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan kuncu-kuncunya. Aku kini hampir tenggelam.
Adam….tolonglah….!!
Adam….tolonglah….!! Pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu

Adam, aku suka kalau kau mengimami sembahyang ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajjud bersamamu. Kau kenalkan aku masjid-masjid dan majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran, imamku. kau ajaklah aku untuk baca Yassin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Tunjukkanlah aku perkara sebenar yang patut aku buat.
Akhirnya, ajarkan aku menjadi isterimu yang solehah. Didikkanlah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku adam agar aku tidak beku, bantulah aku agar fikiranku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa sanggup menganggungnya (nauzubillahiminzalik).

0 comments: